Slide background
Slide background
Slide background
Slide background
Slide background
Slide background

Khidmat PASTI

Gerai PASTI

Umrah PASTI

Pautan PASTI

Silibus Bahasa Ketiga untuk digunakan di PASTI,SRITI,SMITI

Ahamdulillah. Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sedang merangka Silibus Bahasa Mandarin & Bahasa Tamil (juga akan datang Bahasa Iban & Kadazan) untuk digunakan di pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI).

In shaa Allah akan ada beberapa PASTI & Sekolah perintis bermula 2020. Doakan semoga dipermudahkan Allah!

Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Ketua Sektor Pendidikan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

 

Keupayaan pendidikan PAS serlah di Alam Ria

BUKIT GANTANG: Alam Ria PASTI Kawasan Bukit Gantang telah diadakan dengan penyertaan 16 PASTI Cawangan yang dilangsungkan di PASTI As-Syakirin, Sungai Tinggi, Trong, di sini kelmarin.

Acara telah dipertandingkan adalah kalam jamaie, nasyid, khutbah, azan, pidato, bercerita, sajak dan hafazan yang ditonjolkan bakatnya oleh para peserta dalam kalangan murid PASTI di hadapan ibu bapa mereka sendiri.

Malah, semua peserta bagi semua pertandingan ini hakikatnya menonjolkan bukti dan kemampuan institusi pendidikan pra-sekolah milik PAS dalam menterjemahkan pencapaian tarbiyah diterapkan kepada mereka.

PASTI Nurul Haq Taman Mewah muncul juara keseluruhan setelah mengungguli empat acara, manakala PASTI Al-Badar Air Kuning di tempat kedua dan PASTI Al-Mustaqim Taman Kaya di tempat ketiga.

Sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang, Ustaz Mustapha Abdul Wahab. - HARAKAHDAILY 6/8/2019

Lihat Berita

 

853 Guru Bakal Terima Diploma di Konvokesyen PASTI

BATU CAVES: Seramai 853 graduan Institut Perguruan PASTI Malaysia (IPPM) akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI kali ke 11 yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula 26 Julai nanti.

Istiadat pembukaan majlis konvokesyen berkenaan yang diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam, akan disempurnakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Mereka bakal menerima diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak pada majlis yang akan berlangsung dalam tiga sidang itu.

Selain itu, dua orang penerima bakal menerima anugerah khas iaitu Anugerah Presiden dan Anugerah Ketua Pengarah PASTI.

Menurut Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi, semua penerima adalah dalam kalangan para guru yang telah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Institut Perguruan PASTI Malaysia yang berperanan menguruskan program latihan guru-guru PASTI di seluruh negara.

Kata beliau lagi, majlis ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha gigih para guru PASTI dalam melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terbaik supaya dapat mendidik pelajar-pelajar PASTI dengan cemerlang, selari dengan keperluan pendidikan semasa yang semakin mencabar.

 

 

.

Lihat Semua Berita