Berita Terkini

PROGRAM ALAM RIA MERIAH NEGERI PAHANG, PERLIS DAN W.P Monday | 25 January 2010

Tahniah kepada Pasti-Pasti Negeri  yang telah menjayakan program Alam Ria 2014.

Antara yang telah menjayakan program Alam Ria di peringkat negeri baru-baru ini iaitu pada 17 Ogos 2014 yang lalu adalah Pasti Negeri Pahang yang bertempat di Sekolah Agama Rakyat Moden Rompin, Pasti Negeri Perlis yang bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis dan Pasti Wilayah Persekutuan yang bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.

Pemenang keseluruhan Alam Ria Pasti Negeri Pahang jatuh kepada Pasti Kawasan Rompin, manakala Alam Ria Pasti Negeri Perlis dijuari oleh Pasti Kawasan Kangar.

Pasti Malaysia mengalu-alukan para pemenang untuk ke Alam Ria PASTI Malaysia yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2014 akan datang.