Berita Terkini

MERDEKA!! Thursday | 04 September 2014

Alhamdulillah, telah 57 tahun Negara kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing. Kemerdekaan dari segi fizikal amat mengembirakan, Namun, selain daripada merdeka secara fizikal, kita juga patut merdeka daripada penjajahan minda yang mengandungi unsur-unsur negatif yang tidak bermoral. Minda yang merdeka akan melahirkan generasi yang baik, maju dan bertamadun.

Dalam Islam, kita boleh menyambut kemerdekaan negara yang tercinta ini, tetapi dengan cara yang dirahmati dan diredhai Allah.

Perkara yang tidak patut ditinggalkan oleh ummat Islam adalah bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat kemerdekaan ini kepada kita. Sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT, kita boleh lakukan dengan beberapa cara antaranya ialah dengan mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Kita juga blh menzahirkan syukur kita secara pertuturan iaitu perbanyakkan menyebut Alhamdulillah, membaca al-Quran, berzikir serta berdoa kepada Allah.Juga boleh dengan perasaan (hati) iaitu sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah SWT, sentiasa mengingati Allah dan ikhlas dalam semua perkara yang kita lakukan.

Semoga kita semua dapat memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya. Salam Merdeka dari PASTI Malaysia!!