Berita Terkini

Guru PASTI Luar Negara : Kursus dan Latihan Intensif Thursday | 24 April 2014

PASTI Malaysia sedang mengorak langkah untuk membuka PASTI di beberapa buah negara. Usaha meneroka dimensi baru ini sejajar dengan rancangan PASTI Malaysia untuk mengangkat PASTI agar bertaraf dunia.

 

Sebagai persediaan pembukaan PASTI di luar negara, beberapa orang bakal guru sudah dipilih dan kini sedang mengikuti latihan intensif di ibu negara. Latihan Guru PASTI Luar Negara yang berjalan selama hampir sebulan itu melibatkan bakal guru dari Filipina, Kemboja, Sudan, dan Sri Langka.

Objektif utama program ini adalah untuk melatih bakal guru-guru PASTI luar negara sebagai persediaan untuk mereka mengajar di negara masing-masing.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program latihan tersebut. Antaranya ialah latihan di PASTI-PASTI terpilih di sekitar Selangor, kuliah-kuliah pedagogi,  bengkel Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum, bengkel Nurul Quran dan sebagainya. Lawatan sambil belajar ke beberapa tempat terpilih turut dijalankan.

PASTI Malaysia berharap agar bakal-bakal guru PASTI luar negara tersebut bersedia untuk menjadi guru PASTI di negara masing-masing kelak. Semoga usaha membuka PASTI di luar ini dapat mengembangkan lagi dakwah dan pendidikan berteraskan Islam ke serata dunia.