Berita Terkini

PROGRAM ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2014 Wednesday | 10 September 2014

Alhamdulillah, sekali lagi program Alam Ria PASTI Malaysia berjaya menghimpunkan murid-murid PASTI 

 yang menjadi juara dari seluruh negara bagi acara bercerita, kalam jamae, hafazan, khutbah, azan, nasyid dan pidato. Program yang gilang-gemilang itu dijalankan di Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar, Johor pada 30 Ogos 2014 baru-baru ini.

Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Hj.Amnolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang agar lebih ramai rakyat Malaysia  dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini. Turut hadir ke Karnival tersebut adalah Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, PSU Agung PAS, Saudara Mohd Faizul Salleh, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merangkap Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, serta pimpinan-pimpinan PAS Negeri Johor.

Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.

Tahun ini kita sangat bertuah kerana dapat menyaksikan wakil dari Sarawak membuat persembahan dalam acara Alam Ria 2014 ini. Walaupun baru pertama kali PASTI Sarawak menghantar peserta, namun mereka terus menunjukkan kehebatan dengan memenangi dua acara yang dipertandingkan, iaitu sajak  dan hafazan.

PASTI Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada PASTI Negeri Johor, Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Sek Men Agama At-Tanwiriah, ahli jawatankuasa pengelola, para hakim, ibu bapa serta para hadirin yang telah bertungkus lumus serta sama-sama memeriahkan Alam Ria pada kali ini.  PASTI Malaysia turut mengucapkan ribuan tahniah kepada semua pemenang, serta semua peserta yang telah berjaya ke peringkat Malaysia.

Berikut adalah senarai pemenang Alam Ria PASTI Malaysia 2014:

HAFAZAN (L)
1. Johor – Andik Aniq Aqil Bin Andik ZuL Azri
2. Sarawak – Muhammad Syahid Hanzalah Bin Mohd Sazlan
3. Perlis – Mohammad Nabil Bin Mohd Hafiz

HAFAZAN (P)
1.Kedah – Nur Sufi Auliya BT Mohd Noor
2. Perlis – Nia RamadhanI Sofea Bt Shardi  Elvisly
3. Perak – Nabilah Solehah Bt Mohd Syahrizal

BERCERITA (L)
1. Pahang – Muhammad Amjad Safwan Bin Muhammad Sukri
2. Johor – LUQMAN HAKIM BIN MUSLIMIN
3. Selangor – MUHAMMAD HILMAN KHAIR BIN MOHD HISAM

BERCERITA (P)
1. Kedah – MARSYA AFNAN BT MAHATHIR
2. Terengganu – NOR ALYSSA BT ABD RAZAK
3. Pahang – NOUR INSYIRAH MAYSARAH BT MOHAMAD EZANI

SAJAK (L)
1. Johor – MUHAMMAD FAIZ AKMAL BIN YAZID
2. Selangor – MUHAMMAD HILMAN WAFI BIN MOHD AZUAR
3. Pahang – ADIB ZUHAILI BIN BORHAN

SAJAK (P)
1. Sarawak – NUR MARISSA BT MOHAMMAD SAIFOL
2. Pulau Pinang – AISYAH BALQIS BT MOHD HARRIS
3. Terengganu – NOR HUSNA NUHA BT NORHAYAZI

PIDATO
1. Pulau Pinang – HUSNA BT KHAIRUL ANUAR
2. Melaka – SYAMSINAR AIRISSA BT SHAMSUL HAZLI
3. Terengganu – WAN AINUR JANNAH BT WAN HAIRIL

AZAN
1. Terengganu – WAN IMRAN HUSSIN BIN WAN SAUFI
2. Selangor – MOHD ZAWEER AFHAM BIN MOHD FAHMI
3. Johor – NUR MUHAMMAD YUSUF AL-FALAH BIN RAZALEE

KHUTBAH
1. Kedah – MUHAMAD ADIB ZAKWAN BIN MOHD FADFLI
2. Johor – MUHAMMAD ADAM WAIE BIN NAZARUDDIN
3. N.Sembilan – HARITH SAFWAN BIN MOHD SAFARI

KALAM JAMAIE
1. PASTI NEGERI Johor
2. PASTI NEGERI Kedah
3. PASTI NEGERI Perak

NASYID
1. PASTI NEGERI Selangor
2. PASTI NEGERI Johor
3. PASTI NEGERI Pahang

 

JUARA KESELURUHAN: PASTI NEGERI JOHOR

 

Majlis dirasmikan oleh Yb Tuan Hj. Aminulhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

 

Ucapan Ketua Pengarah PASTI Malaysia 

 

 

Barisan Hakim serta hadirin 

 

Pertandingan Nasyid

 

 

Pertandingan Pidato

 

 

Pertandingan Hafazan

 

Pertandingan Azan & Khutbah

 

PERTANDINGAN KALAM JAMAE

 

Semua peserta menjadi johan bergambar kenangan