Berita Terkini

TAMRIN Majlis Guru PASTI Malaysia 2014 Monday | 27 October 2014

BAGAN LALANG 17 OKT – Majlis Guru PASTI Malaysia telah berjaya mengadakan tamrin selama tiga hari bermula 17 Oktober hingga 21 Oktober 2014 bertempat di Bagan Lalang Beach Resort, Sepang, Selangor. Seramai 107 orang guru PASTI telah hadir yang diwakili oleh hampir semua negeri di Malaysia.

Tema tamrin pada kali ini adalah “Pendidik Generasi Al Quran”. Antara objektif tamrin kali ini adalah untuk memastikan guru-guru memahami dengan lebih mendalam tentang Al Quran, tatacara bekerja, mampu membawa fikrah islam dan yang paling utama adalah berpegang teguh dan beriltizam dengan manhaj pergerakan yang telah diputuskan oleh jemaah.

 Antara penceramah yang telah memberi pengisian dalam tamrin kali ini adalah Puan Noraini Hussin, Ustaz Ahmad Idris dan Hj Ir Khairil Nizam Khairuddin.

Tamrin telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hassan B. Tuan Haji Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

Semoga tamrin ini memberi manfaat yang besar kepada guru-guru khususnya, serta masyarakat amnya.