Berita Terkini

Sumbangan Untuk GAZA daripada PASTI Selangor Friday | 14 November 2014

Gombak: Rombongan PASTI Selangor yang terdiri daripada murid-murid serta guru-guru PASTI, diketuai oleh Pengarah PASTI Selangor, YB Ustaz Hasbullah Ridzwan telah menyampaikan cek sumbangan untuk GAZA kepada Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi untuk disampaikan kepada PASTI Malaysia. 

Majlis penyerahan cek tersebut telah berlangsung di Pejabat PASTI Malaysia, pada 7 November baru-baru ini.  Sumbangan berjumlah RM37 ribu telah berjaya dikumpul daripada warga kerja PASTI, serta ibu bapa pelajar PASTI di seluruh Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Majlis Guru PASTI Selangor, Puan Norhayati Ab Razak serta Puan Ruhaiza Mohamed wakil dari Unit Latihan PASTI Selangor.  PASTI Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada PASTI Negeri Selangor di atas keprihatinan mereka. Semoga Allah memberkati dan memberi ganjaran di atas keikhlasan semua yang menyumbang.