Berita Terkini

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Serdang Friday | 14 November 2014

SERDANG: Murid-murid PASTI Kawasan Serdang yang berjaya menamatkan pengajian di PASTI telah diberi pengijazahan di Majlis konvokesyen PASTI Kawasan Serdang pada 9 November 2014 baru-baru ini. Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) itu berjalan mengikut adat istiadat konvokesyen universiti serta meriah sekali.

 

Tetamu kehormat yang dijemput khas ialah Tuan Haji Hassan Bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia serta YB Ustaz Hasbullah Ridzwan, Pengarah PASTI Negeri Selangor bagi menyampaikan anugerah cemerang dan sijil tamat belajar kepada murid-murid PASTI Kawasan Serdang.

PASTI Malaysia mendoakan semoga murid-murid PASTI yang telah tamat pengajian di PASTI ini akan   menjadi pelajar yang pintar soleh dan cemerlang di mana sahaja mereka meneruskan pembelajaran kelak.