Warning: Smarty error: problem writing temporary file 'tmpl_c/594d7edb87725' in /home/pastimalaysia/public_html/inc/libs/Smarty.class.php on line 2066
 PASTI MALAYSIA: Pusat Asuhan Tunas Islam

Berita Terkini

Sumbangan warga PASTI untuk GAZA. Friday | 14 November 2014

KUALA LUMPUR: PASTI Malaysia telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM62 ribu daripada kalangan warga kerja dan murid-murid PASTI seluruh Malaysia untuk membantu penderitaan umat Islam di GAZA.

Hj.Hassan Hj.Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia telah menyerahkan sumbangan daripada PASTI kepada Sdr.Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini. Rombongan Pemuda PAS Malaysia dijangka akan berangkat ke Palestin pada 20 November ini untuk menyampaikan secara terus sumbangan-sumbangan daripada umat Islam Malaysia kepada umat Islam di GAZA. Moga-moga semua sumbangan tersebut mendapat pahala yang besar daripada Allah SWT.