Berita Terkini

Lawatan Kementerian Pelajaran Malaysia ke PASTI-PASTI Friday | 14 November 2014

Tampin: Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghantar pegawai-pegawainya untuk membuat lawatan dan kajian ke PASTI-PASTI bagi melihat kaedah dan keberkesanan pembelajaran di PASTI. Fokus kajian yang dijalankan tersebut ingin meninjau kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek teras (akademik) di PASTI. 

Hasil laporan NKRA kerajaan Malaysia yang lalu memperlihatkan prestasi dan pencapaian murid-murd lepasan PASTI lebih tinggi daripada tahap kelulusan kebangsaan dalam Ujian Linus Sekolah Rendah. Antara PASTI yang telah dikunjungi oleh pasukan pengkaji daripada Kementarian Pelajaran Malaysia meliputi PASTI di Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan beberapa negeri yang lain. Semoga kajian yang dijalankan di PASTI itu membawa kebaikan untuk meningkatkan tahap pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.