Berita Terkini

Sambutan Hari Tadika Selangor 2014 Friday | 14 November 2014

SHAH ALAM: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) digegarkan dengan Sambutan Hari Tadika Selangor, yang berlangsung pada 9 November 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Pendidikan Awal Kanak-kanak, Mega Parenting Talk, Kids Parade Show, Kids Talent Show dan sebagainya. 

Murid-murid PASTI turut serta dan membuat persembahan dalam Sambutan Hari Tadika Selangor. Menteri Besar Selangor, YAB.Mohamed Azmin Bin Ali turut melawat gerai pameran PASTI yang kelihatan begitu meriah dan mendapat sambutan orang ramai yang hadir.