Warning: Smarty error: problem writing temporary file 'tmpl_c/594d7f03b6da0' in /home/pastimalaysia/public_html/inc/libs/Smarty.class.php on line 2066
 PASTI MALAYSIA: Pusat Asuhan Tunas Islam

Berita Terkini

LAGI USAHA PASTI MALAYSIA UNTUK MELAHIRKAN GURU-GURU SERTA PENGGERAK YANG HEBAT. Friday | 28 November 2014

Kedah: PASTI Malaysia menunjukkan kesungguhannya untuk melahirkan para pendidik dan penggerak PASTI yang mantap sahsiah, berkepimpinan, cemerlang,berdisiplin, berdedikasi, berkeyakinan dan penuh semangat, apabila menganjurkan Kem Bina Sahsiah atau ringkasannya KSG.

 

KSG berjalan selama tiga hari, bermula pada 23 November, dan tamat pada 25 November 2014 baru-baru ini.  KEDA Resort, Bendang Man Sik Kedah menjadi lokasi pilihan PASTI Malaysia untuk menjayakan kem tersebut.

KSG yang berlangsung baru-baru ini melibatkan wakil 6 orang guru PASTI, 2 orang Ahli Lembaga Pengarah Negeri, dan 2 orang AMAL dari setiap negeri. Tujuan kem ini adalah untuk melatih peserta yang terlibat sebagai jurulatih utama untuk setiap negeri.

KSG yang baru diperkenalkan ini akan dijadikan silibus tambahan dan  akan diwajibkan kepada semua guru PASTI sebagai salah satu syarat untuk mendapat pengijazahan guru PASTI, berkuatkuasa tahun 2015.

Para peserta KSG telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka melakukan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing. Antara program utama adalah kembara malam, berkayak, ‘flying fox’, ‘water confiden’, kemahiran hutan, bantuan kecemasan, dan pelbagai latihan dalam kumpulan.

Beberapa acara turut dipertandingkan antaranya kawad kaki yang menyaksikan Negeri Selangor sebagai kumpulan terbaik, acara masakan survival terbaik jatuh kepada Negeri Perlis, dan ikatan gadget terbaik jatuh kepada Negeri Kedah. Kumpulan terbaik keseluruhan adalah Negeri Selangor. Manakala Puan Sarimah dari PASTI Negeri Selangor telah dipilih sebagai peserta terbaik KSG kali ini.

Semoga usaha PASTI Malaysia untuk melahirkan guru-guru serta penggerak PASTI yang hebat dipermudahkan oleh Allah s.w.t.