Berita Terkini

AHLI LEMBAGA PENGARAH PASTI MALAYSIA MENZIARAHI MANGSA BANJIR Monday | 05 January 2015

5 Januari 2015: Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia turun padang lagi untuk menziarahi mangsa banjir di pantai timur. Bermula seawal pagi tadi, Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Haji Hassan Bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan, Saudara Mad Shahmiour Bin Mat Kosim serta Setiausaha PASTI Malaysia iaitu Haji Rosli Bin Suhaime telah bertolak ke beberapa kawasan di Pantai Timur yang terlibat dengan banjir.

 

Pada hari ini mereka menziarahi Temerloh dan Kemaman, manakala pada keesokannya pula akan teruskan ziarah ke Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang. Antara yang dilawati oleh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia adalah PASTI Luqmanul Hakim, Kampung Pangsenam di Temerloh yang tenggelam semasa banjir baru-baru ini.

Semoga dengan ziarah ini dapat mengurangkan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir terutamanya PASTI-PASTI yang kebanyakannya musnah akibat banjir yang dialami.