Warning: Smarty error: problem writing temporary file 'tmpl_c/594d7f251ae2d' in /home/pastimalaysia/public_html/inc/libs/Smarty.class.php on line 2066
 PASTI MALAYSIA: Pusat Asuhan Tunas Islam

Berita Terkini

PASTI mengambil berat kepada pelajar PASTI yang kehilangan ibu bapa dalam kejadian banjir Wednesday | 07 January 2015

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar PASTI yang kehilangan ibu bapa dalam kejadian banjir di Kemaman baru-baru ini.

Almarhumah Norhayati Sulong dan Almarhum Suhaimi Awang, ibu serta bapa anak-anak tersebut terkorban dalam perjalanan semula ke pusat pemindahan apabila bot  yang dinaiki mereka terbalik akibat arus deras dalam banjir tersebut.

Almarhumah Norhayati Sulong merupakan seorang guru sanggup berpatah balik ke rumahnya walaupun air banjir sudah di paras bahaya semata-mata untuk mengambil kertas peperiksaan SPM.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban anak-anak ini dan sama-samalah kita mendoakan semoga Allah melindungi mereka.