Berita Terkini

PASTI MALAYSIA SERTA PASTI NEGERI-NEGERI MENGADAKAN PROGRAM PASTI ANGKAT MUSIBAH BANJIR KELANTAN 2015 Friday | 23 January 2015

Dengan rasa prihatin dan tanggungjawab bersama, PASTI Malaysia serta PASTI-PASTI negeri telah mengambil inisiatif menjalankan Program PASTI Angkat Musibah Banjir Kelantan 2015.

Program PASTI Angkat ini melibatkan PASTI Malaysia serta PASTI-PASTI negeri, di mana PASTI-PASTI negeri mengenal pasti PASTI yang terjejas akibat banjir, dan berusaha membantu dari segi dana, peralatan, serta tenaga kepada PASTI yang terjejas dengan banjir tersebut.

 

Antaranya adalah PASTI Negeri Selangor membantu semua PASTI yang terjejas di Kota Bharu, PASTI Negeri Johor membantu di Tanah Merah, PASTI Negeri Kedah membantu semua PASTI yang terjejas di Pengkalan Chepa, PASTI Negeri Perlis membantu PASTI di Manik Urai, PASTI Negeri Melaka membantu Pasir Mas, dan PASTI Negeri Pulau Pinang membantu PASTI di Kawasan Tumpat.

Manakala PASTI di sekitar Rantau Panajang pula dibantu oleh PASTI Negeri Sembilan, PASTI sekitar Gua Musang dibantu oleh PASTI Negeri Perak, Kemaman dan Temerloh dibantu oleh PASTI Wilayah Persekutuan, serta  dua PASTI di Tanah Merah dibantu oleh PASTI Negeri Terengganu. Selain itu,  PASTI Gelang Patah serta PASTI Gembira Negeri Sembilan turut sama-sama membantu PASTI-PASTI di Kuala Krai.

Besar harapan PASTI Malaysia, agar dengan usaha ini dapat mengembalikan serta memulihkan kegemilangan PASTI-PASTI di negeri Kelantan. Semoga murid-murid dapat sambung pembelajaran di PASTI dengan suasana yang ceria,bersih dan selamat.

 

      

     

     

PASTI Negeri  Terengganu, bersama-sama bergotong royong memperbaiki PASTI Al-Falah, Kusial Baru. 

 

 

 

     

        

       

PASTI Negeri Kedah bersama-sama 66 orang guru, dan 40 Ahli Lembaga Pengarah serta Pemuda telah bergotong royong membersihkan dan membaik pulih 6 buah

PASTI di Pengkalan Chepa. Pengarah PASTI Negeri Kedah turut menyampaikan sumbangan kepada PASTI-PASTI tersebut.

 

 

 

       

          

PASTI Negeri Johor turun ke Kawasan Tanah Merah. Antaranya PASTi At-Taqwa Bendang Nyior, di mana PASTI tersebut telah dinaiki air mencecah paras pinggang.

Antara peralatan yang rosak adalah tikar getah, alat bantu mengajar, meja guru, almari serta rak-rak buku belajar beserta fail-fail pelajar. 

Manakala PASTI An-Naim Bandar tenggelam semasa kejadian banjir tersebut dimana semua peralatan PASTI rosak teruk.

Inisiatif PASTI Negeri Johor, telah menyumbang peralatan seperti meja murid, kerusi murid, almari, langsir, papan putih, meja guru, television serta tikar getah kepada

PASTI-PASTI yang terlibat. 

 

 

 

          

Sumbangan meja dan kerusi murid di PASTI Al-Falaq, Lembaga Sungai Terah, Gua Musang serta kepada wakil PASTI Al-Ain, Sungai Kundur. 

 Disampaikan oleh Saudara Azahari dan Haji Rosli PASTI Negeri Perak, kepada Ketua Pemuda Gua Musang, Saudara Mohd Noor.