Berita Terkini

MAJLIS PELANCARAN TABUNG PEMULIHAN PASTI KELANTAN & PERASMIAN BANGUNAN BARU PUSAT LATIHAN PASTI KELANTAN Thursday | 29 January 2015

27 Januari 2015: Pada hari Selasa baru-baru ini, telah berjalan dengan lancar Majlis Pelancaran Tabung Pemulihan PASTI Kelantan & Perasmian Bangunan Baru Pusat Latihan PASTI Kelantan. Majlis diadakan di Pusat Latihan PASTI Kelantan, Kedai Buluh, Kota Bharu, Kelantan.

 

Majlis diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi pemulihan PASTI-PASTI yang terjejas akibat banjir di Kelantan.

YB Dato Nik Amar Abdullah , Timbalan Menteri Besar Kelantan telah merasmikan majlis, justeru menjadi wakil PASTI Kelantan untuk menerima sumbangan.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Haji Hasan Bin Haji Ahmad mewakili PASTI Malaysia menyampaikan sumbangan daripada PASTI Malaysia kepada PASTI Kelantan.

PASTI Malaysia sangat menghargai pada semua yang menyumbang untuk tabung tersebut, dan mengalu-alukan kepada individu, mana-mana syarikat atau badan persatuan yang berminat untuk menyumbang. 

Perasmian oleh YB Dato Nik Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

 

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia menyampaikan ucapan.

 

Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Haji Hasan Bin Haji Ahmad menyampaikan ucapan.

 

Ketua Pengarah PASTI Malaysia mewakili PASTI Malaysia menyampaikan cek sumbangan kepada PASTI Kelantan.