Berita Terkini

PEMBUKAAN PASTI DI MARAWI CITY, FILIPINA Thursday | 26 February 2015

FILIPINA, Marawi City: PASTI Malaysia kini berjaya melebarkan rangkaiannya ke bumi Filipina apabila usaha membuka PASTI di Mindanao telah menjadi kenyataan. Pembukaan PASTI di Marawi City, Mindanao telah menarik minat masyarakat Islam di sana apabila lebih 70 murid mengikuti sistem persekolahan PASTI mulai Januari 2015 yang lalu.  

Hj.Hassan Hj Ahmad selaku Ketua Pengarah PASTI Malaysia bersama pimpinan PASTI Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Marawi City baru-baru ini. Lawatan tersebut bagi memastikan PASTI di Filipina berjalan mengikut standard dan kurikulum yang ditetapkan. Menurut Hassan Ahmad, PASTI Malaysia akan menambah beberapa PASTI baru lagi di Filipina dan dalam masa terdekat usaha sedang dilakukan untuk membuka PASTI di Masiu, Lumbayanague dan Tucasan.
“Kami berusaha melaksanakan tanggungjawab dakwah dan tanggungjawab membantu umat Islam di negara serantau melalui bidang pendidikan. Dalam masa yang sama, PASTI Malaysia sedang berusaha menjadikan jenama PASTI sebagai jenama global. Fasa akan datang, PASTI Malaysia akan berusaha untuk membuka PASTI di negara-negara Eropah dan Timur Tengah pula, insyaAllah”, tambah beliau.
PASTI Malaysia mengharapkan semoga usaha yang murni ini akan dipermudahkan serta diberkati oleh Allah s.w.t.