Warning: Smarty error: problem writing temporary file 'tmpl_c/594d7f790e776' in /home/pastimalaysia/public_html/inc/libs/Smarty.class.php on line 2066
 PASTI MALAYSIA: Pusat Asuhan Tunas Islam

Berita Terkini

SUMBANGAN PASCA BANJIR (PASTI) Tuesday | 03 March 2015

KOTA BHARU: Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir untuk PASTI-PASTI yang terjejas teruk akibat banjir telah berjaya disempurnakan oleh Pemuda PAS Malaysia dan PASTI Malaysia di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Majlis yang dikendalikan oleh PASTI Negeri Kelantan itu diadakan pada 27 Feb 2015 telah turut dihadiri oleh wakil-wakil PASTI dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.  

Sewaktu menyampaikan ucapan, Haji Hassan Bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan syukur kepada Allah SWT kerana tiada warga PASTI yang terkorban dalam musibah banjir besar kali ini dan ia membawa hikmah yang cukup besar daripada Allah SWT. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah sudi dan bermurah hati menghulur sumbangan bagi membantu PASTI yang terjejas akibat banjir, khususnya PASTI-PASTI di negeri Kelantan.

Menurut Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Malaysia, PASTI telah mendapat sambutan begitu hebat daripada masyarakat di negara ini. Beliau amat berpuas hati dengan kualiti dan pencapaian PASTI sehingga mampu melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa. Tambah beliau lagi, Pemuda PAS berusaha sedaya upaya membantu PASTI dan guru-guru PASTI, khususnya yang terlibat dengan musibah banjir ini.

Dalam majlis tersebut, PASTI Negeri Kelantan turut menghulurkan sumbangan kepada PASTI-PASTInya yang terjejas teruk akibat banjir. Semoga murid-murid PASTI dapat meneruskan proses pembelajaran seperti sediakala.