Berita Terkini

MAJLIS CITRA GEMILANG PASTI & HI-TEA PEMUDA Wednesday | 08 April 2015

Alhamdulillah, Majlis Citra Gemilang PASTI & Hi-Tea Pemuda telah berlangsung dengan meriah pada 4 April 2015 baru-baru ini, di IDCC Convention Centre, Shah Alam, Selangor. 
Majlis telah dirasmikan oleh Yg. Bhg Tuan Haji Salahuddin Bin Ayub, Naib Presiden PAS. 

 

Dua anugerah yang disampaikan sempena majlis tersebut adalah Penyampaian Anugerah Peningkatan PASTI Negeri 2015 dan penganugerahan Watikah PASTI Model 2015.
Turut dilancarkan adalah Program Rumah Budiman Pemuda PAS Malaysia, produk-produk Kopasti seperti madu, t-shirt hadi & huda, coklat minda,  dan Album Nasyid PASTI ( Edisi Baharu).
Majlis diteruskan dengan jamuan makan, sambil diserikan dengan persembahan nasyid Album Baharu PASTI Malaysia 2015 dan nyanyian nasyid dari Kumpulan Brothers.
Pemuda dan PASTI Malaysia turut menghargai para hadirin dengan menyumbangkan beberapa hadiah kepada pemenang bertuah. Antara hadiah menarik adalah pakej perlancongan ke Terengganu serta Langkawi.
PASTI Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis tersebut.