Berita Terkini

Temasya Sukan PASTI Malaysia (SUKPAM) kali ke-9 Friday | 08 May 2015

KANGAR, 25 April: Temasya Sukan PASTI Malaysia (SUKPAM) kali ke-9 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Perlis.

Sebanyak 12 kontinjen mewakili PASTI negeri-negeri seluruh Malaysia telah menyertai SUKPAM pada kali ini. Selain pertandingan bola sepak dan bola jaring, turut dipertandingkan ialah acara baru Lari berganti-ganti 4 x 25 meter melibatkan murid lelaki dan perempuan.

SUKPAM dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen- kontinjen negeri di hadapan tetamu kehormat, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia dan pengarah-pengarah Pasti Negeri. Lagu Negaraku dan lagu PASTI kemudiannya berkumandang diikuti bacaan doa dan ikrar yang diketuai oleh murid Pasti Negeri Perlis. Majlis pelancaran SUKPAM 2015 disempurnakan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Tn Hj Hasan bin Ahmad. Acara gimik pelancaran kali ini begitu menarik dengan kesan khas lampu parabola dan kibaran bendera Malaysia dan PASTI yang diterbangkan oleh pesawat 'drone'.

Perlawanan bola sepak dan bola jaring bermula seawal jam 9.00 pagi secara serentak di padang yang disediakan. Perlawanan semua acara sukan berjalan lancar. Semua pasukan yang bertanding menunjukkan aksi-aksi yang menarik perhatian bersama semangat juang dan dalam suasana ukhuwah yang tinggi.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Saudara Suhaizan bin Kayat selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Penasihat PASTI Malaysia.

Tahniah kepada pasukan yang menang dan semua kontigen yang menjayakan SUKPAM kali ke 9. Semoga berjumpa lagi di Sukan PASTI Malaysia ke10 nanti.

Berikut adalah keputusan Rasmi SUKPAM 2015:

Balapan Perempuan
Johan: Selangor
N. Johan: Kelantan
Ketiga: Pahang
Keempat: Negeri Sembilan

Balapan Lelaki
Johan: Selangor
N. Johan: Johor
Ketiga: Terengganu
Keempat: Perak

Bola Jaring
Johan: Johor
N. Johan: Kedah
Ketiga: Negeri Sembilan
Keempat: Terengganu
Penjaring terbanyak: Alia Adriana Salahudin (Kedah)
Pemain Terbaik: Nor Anis Faqihaha Mohd Rofidin (Johor)

Bola Sepak
Johan: Kelantan
N. Johan: Johor
Ketiga: Kedah
Keempat: Pulau pinang
Penjaring terbanyak: Mohd Dhiyauddin (Perlis)
Pemain Terbaik: Mohammad Aiman Hadi (Kelantan)

Kontigen Terbaik
Perlis Indera Kayangan

Juara Keseluruhan
Johor Darul Takzim