Berita Terkini

Lawatan dan Mesyuarat Bersama Warga Pendidik di Satun Thailand Monday | 24 August 2015

SATUN, 16 Ogos : Alhamdulillah, satu mesyuarat bersama Persatuan Sekolah Agama Persendirian Satun Thailand telah berjaya diadakan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah lima orang mudir sekolah agama Daerah Satun. Antara tujuan utama yang dibincangkan adalah membuat kerjasama menubuhkan PASTI atau menyerapkan kurikulum PASTI ke dalam pelajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang sedia ada. Bagi permulaannya, dua subjek  tumpuan  akan diperkenalkan iaitu Bahasa Melayu dan Agama Islam. Latihan kepada guru-guru  di Satun juga akan diberikan pada awal Disember ini. Semoga  usaha ini akan dapat membantu meningkatkan lagi syiar Islam khususnya di  Satun dan Thailand secara amnya.

Gambar pertama menunjukkan penyampaian cenderamata bagi pihak PASTI Malaysia kepada Cikgu Ladin@Mr Saad Maleeyan.