Berita Terkini

Dua Pelajar PASTI Sertai Liga Kebangsaan Bawah 12 Tahun Monday | 24 August 2015

Taniah kepada adik Muhammad Najmuddin Akmal B.Kamal Akmal bekas pelajar PASTI Permata Kawasan Gombak (2009) dan Ilayas Iskandar Yusfarizam bekas pelajar PASTI Al Hidayah Kawasan Lumut (2009) yang telah mewakili negara di dalam Liga Kebangsaan bawah 12 tahun.

Ini membuktikan bahawa PASTI bukan sahaja berjaya melahirkan generasi masa hadapan yang penuh dengan akhlak berteraskan Islam malah telah melahirkan permata dalam jasmani iaitu sukan.

Warga PASTI mendoakan agar kedua-dua bekas pelajar tersebut akan berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi dan menajdi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2015/07/bekas-pelajar-pasti-mewakili-team-bola.html