Berita Terkini

Majlis Setulus Budi Kenangan Abadi & Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia 2015 -2017 Wednesday | 02 September 2015

Majlis Setulus Budi Kenangan Abadi & Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia 2015 -2017 telah berjaya diadakan pada 29 Ogos 2015 di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson.

Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran YB Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abd Aziz selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Mantan Ketua Pengarah PASTI Malaysia Tuan Hj Hashan Bin Hj Ahmad.

Majlis ini merupakan satu program kebiasaan apabila berlakunya perubahan kempimpinan diperingkat PASTI Malaysia dan bertujuan bagi menghargai pelbagai bentuk sumbangan kepada PASTI Malaysia.

Majlis dimulakan dengan makan malam dan diakhiri penyampaian watikah perlantikan ALP yang baru bagi sesi 2015-2017.