Warning: Smarty error: problem writing temporary file 'tmpl_c/594d7f43c4802' in /home/pastimalaysia/public_html/inc/libs/Smarty.class.php on line 2066
 PASTI MALAYSIA: Pusat Asuhan Tunas Islam

Berita Terkini

Malam Jalinan Mesra : PASTI Negeri Johor Tuesday | 08 September 2015

Malam Jalinan Mesra 
Ketua Pengarah PASTI Malaysia 

-------------------------------------------
Ucapan sempena Majlis Jalinan Mesra oleh
YB Ust Mohd Azam Abdul Samat
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
6 September 2015
Simpang Renggam, Johor

Catatan oleh Arif Ainudin

Hari ini, masyarakat sudah mula yakin dengan PASTI hatta di kalangan dari parti politik yang berbeza pemahaman sekali pun.

PASTI untuk mencapai hingga ke tahap hari ini telah melalui proses dan pengorbanan yang panjang, maka apakah dalam keadaan parti mengalami krisis sekarang ini, kita ingin meruntuhkannya. Kita bina PASTI kerana keyakinan kepada perjuangan Islam dan ikhlas kerana Allah SWT.

Menjadi tenaga pengajar PASTI adalah suatu amalan yang mulia dan sekiranya berterusan akan memberi manfaat yang baik kepada guru PASTI itu sendiri. PASTI tidak berdiri sendiri, tetapi merupakan sebahagian daripada aktiviti PAS.

Maka jangan dipisahkan aktiviti PASTI dengan aktiviti PAS selagi mana PAS masih berpegang teguh kepada Islam.

Syarat untuk menjadi guru PASTI mestilah ahli PAS. Jika keluar dari PAS maka secara automatik akan terhenti. Tapi peringkat kawasan perlu melakukan rundingan terlebih dahulu dengan guru yang nak beralih arah. Penerangan perlu dilakukan bagi memberi suluhan terhadap perkara sebenar. Jika memang telah mempunyai pegangan yang kukuh untuk beralih arah, maka berundinglah dengan baik.

Dari sudut hukum, apabila telah dilafazkan untuk mewaqafkan aset kpd PASTI, maka hukumnya telah berjalan walaupun tiada hitam putih. Bagi menangani masalah ini, maka diperlukan kebijaksanaan pihak pengurusan untuk berunding. Jika tidak dapat mengekalkan hak milik tanah, maka berundinglah agar aset persekolahan PASTI dapat diambil.

Bagit persediaan awal. Semua warga PASTI hendaklah menjaga thiqah, agar tidak dilihat lemah. Kebajikan guru PASTI perlu  dijaga dengan sewajarnya dan tidak diabaikan. PASTI telah didaftarkan secara sah mengikut undang iaitu dibawah Dewan Pemuda PAS. Maka jika ada pihak lain yang dilihat ingin meniru atau membawa kurikulum PASTI, ianya boleh didakwa di mahkamah.

Guru PASTI wajib menjaga keikhlasan dalam mencurahkan bakti kepada para pelajar agar segala usaha yang dilakukan akan mendapat perhatian dan tidak sia-sia di sisi Allah SWT.

Diharapkan guru-guru dan penggerak-penggerak  PASTI akan terus “Istiqamah hingga kemenangan”.

 

(catatan diatas telah diedit oleh admin)