Warning: Smarty error: problem writing temporary file 'tmpl_c/594d7f2d8c985' in /home/pastimalaysia/public_html/inc/libs/Smarty.class.php on line 2066
 PASTI MALAYSIA: Pusat Asuhan Tunas Islam

Berita Terkini

Ibadah Korban & Misi Kebajikan PASTI Malaysia di Kemboja 1436H Thursday | 01 October 2015

Kemboja, 29 September : Sebanyak 10 ekor lembu telah terlibat dalam ibadah korban PASTI Malaysia pada kali ini. Ibadah korban kali ini telah dibahagikan  kepada beberapa kampung. Antaranya di Kampung Bak, Kampung Jong Krasang, Kratie, Kampung Trapeng Romdenh,  Wilayah Kroko, Kemboja. Pada masa yang sama juga 2 ekor lembu telah diserahkan ke wakil PASTI Malaysia di Mindanao, Filipina.

Ibadah korban juga telah disusuli dengan kerja kebajikan di sekitar Kampung Krasang, Kratie, Kemboja. Pelbagai bentuk kerja kebajikan berjaya dilaksanakan. Antaranya membaik pulih bangunan premis PASTI Malaysia, membaiki serta menambak jalan dan pemasangan “culvert” bagi mengelakkan banjir. Di samping itu beberapa sumbangan juga turut disalurkan kepada wakil PASTI Malaysia secara berterusan.

Semoga ibadah korban dan misi kebajikan PASTI Malaysia kali ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

 

Suasana Ibadah Korban Di Kampung Bak & Kampung Jong Krasang, Kratie

 

 

Suasana Ibadah Qurban PASTI Malaysia di Kampung Trapeng Romdenh,  Wilayah Kroko,  Cambodia.

 

 

Misi Kebajikan : Membaik pulih bangunan premis PASTI Malaysia, membaiki serta menambak jalan dan pemasangan “culvert” bagi mengelakkan banjir