Berita Terkini

Majlis Makan Malam PASTI Perak Berlangsung Dengan Gilang Gemilangnya Tuesday | 13 October 2015

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan gilang gemilang Majlis Makan Malam PASTI PERAK pada 10 Oktober 2015.

Majlis ini berlangsung di D'Hotel Seri Iskandar

Turut hadir memeriahkan majlis,

YB Ust Idris Ahmad, Naib Pesiden PAS, merangkap MP Bukit Gantang, 
YB Nik Muhd Abduh, Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap MP Pasir Mas, 
YB Ust Mohd Azam Ab Samad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia, merangkap ADUN Sg Limau..
Ust Khairi b Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda PAS Perak.
Ust Hasan Aladi, Mantan Pengarah PASTI Malaysia.

Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir dan menyumbang kepada Dana PASTI PERAK. Tak lupa kepada penaja-penaja yang telah menaja guru-guru PASTI dalam Majlis ini.. 500 tetamu telah hadir pada majlis ini dengan jumlah keseluruhan 50 meja.
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah. Turut diadakan, persembahan khas

1. Khutbah oleh pemenang tempat ke3 ALAM RIA PASTI Malaysia 2015 dari Pasti Kawasan Padang 
Rengas.

2. Hiwar oleh bekas-bekas pelajar PASTI yang kini telah mencapai kejayaan semasa di sekolah rendah mereka..
Turut diadakan ialah sesi lelongan Pesanan Perjuangan,@kata-kata semangat tokoh-tokoh PAS.

1. Almarhum Ust Fadzil Noor
2. Almarhum Ust Nik Abd Aziz
3. Ust Idris Ahmad

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pembida2 yang mengambil bahagian dan yang telah menang bidaan.

Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penggerak-penggerak PASTI yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan majlis ini. Terutama PASTI kawasan PARIT dan lain-lain lagi.