Berita Terkini

Lawatan Mahabbah PASTI Malaysia Ke PASTI Perak Wednesday | 28 October 2015

Lawatan Mahabbah PASTI Malaysia Ke PASTI Perak

Tempat : MARKAZ PAS, TAMAN MERU, TAMBUN
Tarikh : 24 Okt 2015 Sabtu

Alhamdulillah, perjumpaan ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Pasti Malaysia, YB Ust Mohd Azam b Abd Samad, bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah yang lain, iaitu En Abd Kader Dewa dan Dr Rozman. Turut bersama, Setiusaha PASTI Malaysia, Tn Hj Rosli Suhaime serta Pengarah PASTI Perak Us Mohd Azahari Yahaya. Kehadiran Pengerusi Pasti Setiap kawasan bersama AJK2, dan wakil2 MGP setiap kawasan juga sangat menggalakkan.

Program dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Ust Hasnizam Hassan, Timb Pengarah III Pasti Perak. Diikuti dengan Pembentangan berkenaan maklumat Pasti Perak. Seterusnya ucapan Ketua Pengarah Pasti Malaysia.

Kemudian, program diteruskan dengan sesi Dialog yang sangat baik. Pelbagai isu dan cadangan dalam sesi ini. Banyak jugak penjelasan yang diberikan dapat menjernihkan kekaburan yang dihadapi guru-guru dan wakil-wakil Pasti.

Semoga pertemuan yang berlangsung ini akan membawa keberkatan dari Allah SWT.

‪#‎istiqamahhinggakemenangan‬.