Berita Terkini

Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2015 Tuesday | 29 December 2015

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan gilang gemilang Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2015 pada 19 Disember 2015

Majlis berlangsung di Hotel Adya, Langkawi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah untuk Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2015.

Jutaan tahniah dan penghargaan juga kepada penganjur PASTI Negeri Kedah selaku tuan rumah.

Majlis ini dihadiri oleh tetamu undangan YB Ustaz Nik Mohamad Abduh; Ketua DPP Malaysia selaku perasmi. Seramai 28 Pelajar Cemerlang PASTI seluruh Malaysia kategori 5 tahun dan 6 tahun diraikan dalam majlis ini. Selain kategori pelajar cemerlang anugerah yang turut dianugerahkan adalah Anugerah KPI Kawasan Terbaik, Anugerah KPI 'A' Negeri dan Anugerah 3K PASTI Malaysia.