Berita Terkini

Kursus Bahasa Melayu Di Satun Tuesday | 29 December 2015

Alhamdulillah, Kursus Bahasa Melayu di Satun, Thailand telah berjaya diadakan pada 25-26 Disember 2015.

Seramai 3 orang tenaga pengajar dari PASTI Malaysia telah terlibat dalam menjayakan kursus kali ini.

Kursus ini bertujuan bagi memantapkan lagi pemahaman bahasa melayu kepada guru-guru PASTI yang bakal memulakan sesi pembelajaran 2016 di Satun nanti.

Semoga kursus ini membawa impak yang besar pada guru-guru PASTI khasnya yang berada di Satun.