Berita Terkini

Tahniah : Adik Khairul Idham Pawi & Farihah Zulkifli Thursday | 21 April 2016

 

 

Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Ilahi di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga nikmat-nikmat ini akan berterusan dan dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk meraih redha dan rahmat Ilahi.

Khabar gembira dari Benua Amerika Latin, Argentina, bukan sahaja mengharumkan nama negara di mata dunia bahkan telah meletakkan nama Khairul Idham Pawi sebaris pelumba-pelumba handalan dunia dalam Kejohanan MotoGP Dunia kategori Moto3. Kegembiraan seluruh rakyat Malaysia terhadap kemenangan ini turut dikongsi warga PASTI Negeri Perak yang juga berbangga dengan keteguhan prinsip beliau dalam meraikan kemenangannya.

Khairul Idham Pawi merupakan seorang bekas pelajar PASTI yang pernah mendapat asuhan dan didikan di PASTI Nurul Iman, Kampung Gajah pada tahun 2004. Salah seorang gurunya iaitu Ustazah Faridah bt Dawam merupakan Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perak pada waktu ini. Keprihatinan ibu dan ayahnya terhadap asas pendidikan agama yang kuat telah mendorong mereka untuk menghantar beliau dan adik beradiknya ke PASTI. Kami warga PASTI Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan yang telah diberikan.

Buat anakanda Khairul Idham Pawi TAHNIAH atas kejayaan anda dan besar harapan kami agar dapat terus mencipta kejayaan demi kejayaan serta terus istiqamah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari di PASTI demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Kepada seluruh warga PASTI MALAYSIA jadikanlah kejayaan seperti ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus tabah dan cekal serta beristiqamah dalam mendidik anak –anak PASTI, demi melahirkan tunas-tunas Islam yang suatu masa nanti dapat memberikan sumbangan yang besar kepada agama dan negara.


Sekalung tahniah khas untukmmu Khairul Idham Pawi dan Syabas untuk semua. Mudah-mudahan Allah memberkati kerja amal kita bersama.

 

Pengarah PASTI Selangor Ustaz Syarhan menyampaikan cederahati kpd Adik Farihah Zulkifli dalam kunjungan di rumahnya sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan beliau menjuarai pertandingan Hafazan peringkat Kebangsaan 2016. Farihah bekas murid PASTI menjadi kebanggaan PASTI. Semoga Farihah terus maju & tingkatkn ilmu & amalan

Farihah Zulkifli merupakan bekas murid PASTI At-Tawheed Taman Jasa Utama tahun 1998 menjuarai pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan. Sayu rasanya bila berkunjung ke rumahnyanya Farihah masih mengingati ust. Khairiah yg mengajarnya di PASTI. Tahniah kpd ibunya cikgu Izan & juga ayahnya en.Zul yg berjaya melahirkn seoang hafizah.