Berita Terkini

Semarak Kasih Ramadhan PASTI Negeri Perlis 1440H Sunday | 02 June 2019

 

Alhamdulillah, sumbangan kebajikan sempena menyambut ketibaan eidulfitri dapat disampaikan kepada tenaga utama PASTI Negeri Perlis iaitu para pendidik yang tidak pernah mengenal jemu mengasuh dan mengajar anak-anak PASTI. Semoga Allah kurniakan pahala berganda buat mereka sebagai bekalan memberatkan amal kebajikan di akhirat kelak.

Terima kasih setingginya kepada PAS Negeri Perlis (Official Fan Page), Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Dewan Pemuda PAS Kawasan², PASTI Kawasan² dan para dermawan yang menghulur bantuan dalam mengenang jasa besar para pendidik PASTI di dalam bulan Ramadhan1440 ini. Hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran, aameen.

Tawaran buat para dermawan budiman yang ingin membantu anak-anak dan guru-guru #PASTI amat dialu-alukan, kami sedia menguruskan sumbangan anda sampai kepada penerima.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun berikut :

Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI)
Bank Islam Malaysia Berhad 09010010050299

Email / WhatsApp bukti sumbangan ke : [email protected] atau 0138766463 untuk rekod.

Moga Allah memberkati bantuan dari Tuan / Puan.

Jazakumullahu khairal jaza'.

 

 

Lihat Berita