PAS Sabah lahirkan profesional pengurusan PASTI

  • Utama -
  • News -
  • PAS Sabah lahirkan profesional pengurusan PASTI
research
  • 02 Jun
  • 2023

PAS Sabah lahirkan profesional pengurusan PASTI

KOTA KINABALU: PAS Negeri Sabah ke arah melahirkan pengurus dan petugas pengurusan PASTI yang profesional dengan melaksanakan program Kursus Sijil Profesional Pengurusan PASTI.

Program selama dua hari pada 30 dan 31 Mei lalu itu telah diadakan di Dewan Utama Politeknik, Kota Kinabalu bagi membuktikan komitmen pengurusan PASTI serta memberi pendedahan kepada pengurus berkenaan peranan dan tugas pengurusan.

Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Rosli Hasani berkata, program berkenaan mampu melatih pengurus-pengurus dan mudir-mudir PASTI tentang peranan mereka dalam mengendalikan pengurusan PASTI di kawasan-kawasan.

“Program seumpama ini, dapat diteruskan pada masa akan datang, agar PASTI di kawasan-kawasan dapat diurus dengan cara yang baik dan profesional,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Latihan Guru, Mohd Hamdi Hussain; Timbalan Pengarah Bahagian Latihan Pengurus, Helmi Affandi; dan Pengarah PASTI Negeri Sabah, Karim Dollah.

Pada kesempatan itu, beliau Rosli turut memaklumkan terdapat peningkatan yang ketara sehingga bulan April baru-baru ini, sehingga mampu merekodkan sebanyak 122 buah PASTI seluruh negeri Sabah, dengan 399 orang guru dan 7,441 orang pelajar di seluruh negeri Sabah.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat pengurusan PASTI Negeri Sabah yang berjaya menganjurkan program yang banyak manfaat ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2023

PASTI-PASTI NEGERI/WILAYAH